HOMESTAY RAUDHAH Taman Gombak Ria

HOMESTAY RAUDHAH Taman Gombak Ria adalah sebuah rumah inap yang terletak di No 6 Jalan 5 Taman Gombak Ria 68100 Batu Caves Selangor.

HOMESTAY RAUDHAH Taman Gombak Ria adalah rumah kediaman 3 tingkat dengan 5 bilik tidur. 4 daripada bilik-bilik tidur ini dilengkapi dengan peralatan bilik yang lengkap. Di antaranya ialah katil berkembar, penghawa dingin dan bilik mandi di dalam setiap bilik-bilik tersebut. Manakala untuk bilik yang ke-5, ia dilengkapi dengan katil bujang dan penghawa dingin, dengan bilik mandi bersebelahannya.

Pada keseluruhannya, HOMESTAY RAUDHAH Taman Gombak Ria ini mengandungi 5 bilik air dan 7 penghawa dingin. Disediakan dalam ruangan dapur ialah meja makan, dapur elektrik dan peralatan memasak, penapis air Coway, peti ais dan sebagainya. Ia juga menyediakan kemudahan WiFi, dengan set ruang tamu yang lengkap dengan televisyen bersiaran asas. Ruang meletak kenderaan juga terdapat di sini.

HOMESTAY RAUDHAH Taman Gombak Ria terletak berdekatan dengan surau serta berhadapan dengan padang permainan kanak-kanak.

Kedai-kedai serbaneka 7Eleven, Speedmart dan KK Super Mart terletak berdekatan. Kedai-kedai dobi Laundrybar, dobiQueen sebagainya juga terletak bersebelahan. Begitu juga dengan klinik dan farmasi, cafe, restoren mamak, restoren nasi campur, restoren tomyam serta gorengan panas.

Terdapat jalan pintas ke lebuhraya Duke dan Karak, serta jalan persekutuan MRR2 yang mudah diakses dari HOMESTAY RAUDHAH Taman Gombak Ria ini. Ia juga terletak berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur, juga dengan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang, selain hospital-hospital swasta yang terkenal. Ia juga tidak jauh dari tempat-tempat menarik di bandaraya Kuala Lumpur.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *